Artikel

Malaysia Raih RM225 Bilion Pelaburan Diluluskan – Tertinggi Dalam Tempoh 10 Tahun

Ekonomi negara terus memaparkan pemulihan yang membrangsangkan apabila berjaya mencapai prestasi pelaburan tertinggi dalam tempoh 10 tahun sepanjang 9 bulan pertama 2023 ini. Ketika ini, Malaysia berjaya meraih pelaburan yang diluluskan sekitar RM225 bilion

Data di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) itu jelas menunjukkan prestasi pelaburan diluluskan negara melonjak 6.6% berbanding tempoh 9 bulan 2022. Lebih menarik, menerusi kemasukan pelaburan ini, sejumlah 89,495 pekerjaan baharu telah diwujudkan dalam tempoh Januari sehingga September 2023 lalu. 

Sebagai perincian, daripada RM225 bilion tersebut – sekitar 55.9% disumbangkan oleh kemasukan pelaburan langsung asing (FDI), diikuti 44.1% pula pelaburan langsung domestik (DDI)

Melihat pada kerancakkan kemasukan pelaburan asing (FDI) tersebut, didapati Belanda menjadi sumber utama FDI di Malaysia dengan sumbangan RM35 bilion, diikuti Singapura (RM20.4 bilion), AS (RM18.9 bilion), China (RM11.6 bilion) dan Jepun (RM11.2 bilion). 

Sementara untuk kemasukan pelaburan domestik (DDI) pula diidapati terdapat beberapa negeri meraih peningkatan pelaburan dengan Kuala Lumpur (RM48.9 bilion), Pulau Pinang (RM44.9 bilion), Selangor (RM41.6 bilion), Kedah (RM22.6 bilion) dan Johor (RM20 bilion). Kelima negeri ini untuk makluman telah menyumbang 60.2% pada jumlah pelaburan diluluskan buat negara bagi 9 bulan 2023 ini.