Angka ini secara langsung menjelaskan mengapa kesesakan trafik di negara terus meruncing dari semasa ke semasa – apabila data sehingga Oktober 2023 menunjukkan sejumlah 36,362,987 kenderaan bermotor telah berdaftar di seluruh negara.
Data ini secara langsung menjadikan jumlah kenderaan itu lebih tinggi berbanding populasi penduduk di Malaysia – di mana pada tahun 2022 seramai 32.7 juta, diikuti dengan jangkaan tahun ini populasi seramai 33.4 juta (2023).
Perkongsian data Kementerian Pengangkutan (MOT) pada sesi Dewan Negara ini memperincikan jumlah kenderaan berdaftar itu meliputi kereta (17.24 juta), motosikal (16.77 juta) dan baki selebihnya adalah jumlah kenderaan melibatkan perkhidmatan awam iaitu 2.34 juta.
Buat pengetahuan umum, ini bukanlah fenomena kali pertama berlaku memaparkan kenderaan lebih tinggi berbanding populasi penduduk negara. Sejak 2022 lagi, isu lambakan kenderaan di jalan raya ini telah berlaku dalam sektor automotif Malaysia.