Bagi 7 tahun mendatang, India diperhatikan akan terus melonjakkan kedudukannya selaku peneraju ekonomi dunia dengan menjadi ekonomi ketiga terbaik di peringkat global menjelang 2030.
Setakat ini menurut laporan Reuters bersama tinjauan S&P Global – India menjadi ekonomi kelima terbesar dunia dengan perkembangan pertumbuhan 6.4% dan prestasi itu dijangka terus meningkat kepada 7% pada tahun 2027 kelak.
Malah pertumbuhan itu akan terus dipacu berikutan populasi bekerja di India menunjukkan lebih ramai anak muda sertai pasaran ekonomi mereka, di mana 53% rakyatnya adalah berusia bawah 30 tahun dan sektor perkhidmatan menjadi penyumbang lebih separuh kepada KDNK India ketika ini.
Selain memiliki kelebihan itu, India mengikut tinjauan turut miliki potensi meluaskan struktur ekonomi mereka dalam hab pembuatan global. Buat masa sekitar 18% industri pembuatan menyumbang kepada pertumbuhan India.