Artikel

6.5 Juta Permohonan Kredit RM100 eMADANI Kini Telah Diluluskan – MOF

Setakat ini, sejumlah 6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI bernilai RM100 telah diluluskan negara. Angka ini sekaligus membawa kepada jumlah peruntukan yang telah diagihkan penyedia dompet digital terpilih merangkumi RM650 juta telah dikreditkan kepada pengguna.

Menerusi aturan itu, ia bermakna masih terdapat 3.5 juta permohonan e-tunai RM100 kekal tersedia buat kumpulan pengguna dewasa yang berkelayakan untuk memohon bersama MAE, Setel, TnG eWallet dan ShopeePay.

Berdasarkan perkongsian sebelum ini, kriteria yang melayakkan pengguna dewasa untuk memohon adalah warganegara Malaysia, mencapai usia 21 tahun ke atas, miliki pendapatan setahun RM100,000 ke bawah berlandaskan rekod isytihar cukai pendapatan LHDN setakat 15 Julai atau merupakan penerima STR berdasarkan rekod 7 November lalu serta pengguna bukan penerima eBeliaRahmah.

Adanya kriteria sedemikian, ini akan melayakkan pengguna dewasa untuk meraih manfaat tersebut. Untuk makluman permohonan dibuka sehingga 20 Februari 2024 kelak dan nilai e-tunai RM100 boleh digunakan sehingga 29 Februari 2024.