Artikel

Ekonomi Malaysia Berpotensi Capai $1 Trilion Menjelang 2035 – S&P Global

Biarpun pertumbuhan negara ketika ini lebih sederhana dan dijangka dinamik itu berlanjutan untuk jangka masa panjang – prestasi ekonomi Malaysia disasar akan meningkat secara berkala, mencapai $1 trilion menjelang tahun 2035 kelak.

Pertimbangan ini menurut pengamatan S&P Global ia akan didorong hasil peningkatan pertumbuhan pasaran pengguna domestik. Sekiranya negara teruskan usaha dasar fiskal yang lebih baik, ia akan membantu Malaysia merealisasikan status selaku ekonomi berpendapatan tinggi.

Pertumbuhan itu dijangka akan berlaku secara berkala dengan kenaikan $19,300 KDNK perkapita pada 2030 diikuti $26,400 pada 2035.

Setakat ini, pengukuhan ekonomi telah mula diperlihat sejak 2022 lagi bersama sokongan aliran eksport melibatkan elektrik dan elektronik, minyak sawit serta minyak dan gas. Tambahan, permintaan elektronik  serta semikonduktor dijangka terus berkembang kesan penerapan 5G yang disasar akan memacu permintaan negara.