Artikel

Industri Runcit Rekod Serangan Siber Tertinggi Di Rantau Asia Pasifik – Kaspersky

Selari dengan pertumbuhan arena e-dagang yang dijangka berpotensi mencapai nilai $2 trilion menjelang akhir 2023 di rantau Asia Pasifik ini, ia secara langsung turut meningkatkan risiko keselamatan siber pada pembangunannya.

Kaspersky pada tinjauan terbaharunya, sejak 24 bulan lalu didapati industri runcit menjadi antara arena ekonomi yang merekodkan serangan siber paling tinggi khususnya melibatkan ketirisan wang. Situasi ini berlaku kesan pemain industri runcit yang kurang melabur untuk tingkatkan kualiti keselamatan siber mereka. Di mana kekurangan peruntukan menyumbang kepada 19% firma di Asia menjadi sasaran serangan siber.

Mengikut data perincian, serangan siber ini berlaku 37% disebabkan kurangnya peruntukan, disusuli 33% kelemahan syarikat telekomunikasi dan 23% pula melibatkan sektor infrastruktur kritikal serta minyak dan gas.

Secara menyeluruh, industri perkhidmatan kewangan menjadi antara yang kukuh – menjamin keselamatan siber operasi mereka di tahap tertinggi. Prestasi itu disusuli dengan peruntukan keselamatan yang tinggi disediakan untuk kebajikan pengguna mereka.