Artikel

Kadar Dividen KWSP Disasar Lebih Tinggi – Bagi Agihan 2023 Kelak

Jika tahun lalu, pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dapat menyaksikan pengagihan kadar dividen di paras yang lebih rendah dengan konvensional 5.35% dan syariah pula 4.75% – namun tahun ini angka tersebut dijangka lebih tinggi bagi 2023 rentetan prestasi perolehan KWSP dilihat lebih baik.

Jangkaan itu menurut kumpulan penganalisis didorong kenaikan jumlah aset KWSP yang kini melonjak kepada RM1.1 trilion berbanding akhir 2022, diikuti pendapatan pelaburannya pula naik 33% kepada RM47.86 bilion bagi 9 bulan pertama 2023.

Potensi tersebut dilihat berupaya didorong kesan aliran ekonomi semasa yang semakin memulih, apabila penurunan kadar pengangguran turut memberi manfaat kepada KWSP – di mana jumlah caruman semakin baik, dan pertambahan pencarum turut berlaku pada platform mereka.

Persekitaran ini secara langsung memungkinkan KWSP berpotensi mengagihkan nilai dividen yang lebih baik berikutan perolehan pulangan modal operasi semakin memulih.

Buat pengetahuan umum, ini senarai penyaluran kadar dividen setiap tahun KWSP sebelum ini :