Artikel

TH Peroleh RM2.89 Bilion – Prestasi Meningkat Sepanjang 9 Bulan 2023

Tahun 2023 untuk tempoh 9 bulan pertama, menunjukkan Lembaga Tabung Haji (TH) mencapai paras prestasi operasi yang lebih baik – apabila meraih pendapatan RM2.89 bilion (2023) berbanding RM2.32 bilion pada tahun lalu.

Persekitaran ini menurut perkongsian ketika sesi Dewan Negara, hasil TH tersebut disokong aturan pelaburan berpandukan Alokasi Aset Strategik. Ia menjadi penentu kepada penempatan pelaburan mengikut tahap risiko serta kecairan berdasarkan situasi ekonomi semasa.

Lebih terperinci lagi, kedudukan kewangan ini didorong hasil pelaburan instrumen pendapatan tetap yang stabil – meningkat 16% kepada RM1.63 bilion, diikuti pelaburan ekuiti pula naik 6% iaitu sebanyak RM424 juta.

Sementara pelaburan hartanah pula menyumbang RM253 juta, disusuli pelaburan instrumen pasaran wang jana RM217 juta.