Selari dengan pimpinan setahun bersama kerajaan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini menawarkan potongan diskaun sehingga 50% bagi bayaran saman trafik terpilih kepada pengguna – bermula 8 Disember sehingga 10 Disember ini.
Penawaran diskaun ini bagaimanapun hanya tersedia untuk pelunasan saman di kaunter perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil pada tempoh tersebut.
Berdasarkan perincian, penawaran diskaun menurut PDRM tidak akan melibatkan kesalahan lalu lintas pada 2023 seperti kemalangan, kes mahkamah berstatus waran tangkap atau mana-mana kesalahan yang masih dibicara serta kesalahan yang tidak boleh dikompaun.
Namun untuk tindakan pembayaran tersebut, orang awam dinasihatkan untuk laksana semakan awal terlebih dahulu di portal dan aplikasi MyBayar Saman sebelum ke kaunter tersebut. Aturan ini akan mengelakkan berlakunya kesesakan dan melancarkan proses pembayaran saman.