Bagi meluaskan strategi perolehan modal operasi dan kewangan untuk jangka masa panjang – UMW Development iaitu anak syarikat milik penuh UMW Holdings kini dimaklumkan mengusul jualan tanah melibatkan pajakan perindustrian 22.22 ekar dalam UMW High Value Manufacturing di Serendah – kepada PERODUA.
Pada maklumkan kepada Bursa Malaysia itu, penjualan tanah tersebut merangkumi harga tunai RM52.27 juta.
Menerusi perolehan transaksi tersebut, dijangka ia akan membantu UMW menggunakan nilai jualan tersebut sebagai pengukuhan modal kerja operasi mereka.
Malah dengan kepentingan UMW sekitar 38% pada PERODUA menerusi UMW Automotive – penjualan tersebut dijangka akan memberi manfaat kepada kedua pihak khususnya melibatkan pulangan keuntungan berikutan perkongsian pegangan kekal tersedia antara keduanya.