Sejak diperkenalkan pada awal Januari 2021, didapati 87,282 perniagaan di seluruh Malaysia sehingga akhir November 2023 lalu telah memanfaatkan kemudahan arena ekonomi negara dengan mendaftar menerusi Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Langkah ini memperlihatkan sekitar 50,782 usahawan terdiri daripada golongan B40, sementara bakinya iaitu 36,500 kalangan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) sepenuh masa.
Melalui usaha SPPP ini, SSM membolehkan usahawan B40 dan pelajar IPT negara turut serta dalam arena perniagaan dengan mendaftarkan perniagaan mereka di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 bersama pengecualian fi.
Adanya pemerkasaan ini, ia sekaligus memeriahkan lagi penawaran produk dalam pasaran negara khususnya dalam perniagaan berbentuk runcit, serta gerai makan kecil-kecilan. Skim sedemikian dimaklumkan terus tersedia dan disarankan para usahawan serta peniaga tempatan untuk memanfaatkannya bagi merancakkan lagi arena jualan negara.