Artikel

Bank Negara Jangka Pelaburan Hijau Pacu Prestasi Ekonomi Malaysia – Menjelang 2024 

Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka semakin agresif dengan pertambahan pelaburan hijau menjelang tahun 2024. Pemerkasaan itu disusuli komitmen negara untuk lebih terbuka akan kemasukan pelaburan melibatkan perubahan iklim, yang berpotensi memacu sasaran ekonomi negara untuk mencapai sekitar 4% hingga 5%.

Senario ini mengikut Bank Negara Malaysia (BNM) pada sidang COP28 bagi Konvensyen PBB berkaitan Perubahan iklim (UNFCCC) ia seiring dengan matlamat negara di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR). Mengikut sokongan pelaburan tersebut, disasar aliran ekport akan bertambah-baik, diikuti permintaan domestik, penggunaan swasta serta industri pelancongan turut menerima impak yang positif.

Pada masa yang sama, BNM kekal optimis akan prestasi ringgit. Pihaknya dalam pengamatan memastikan prestasi mata wang negara tidak alami turun naik nilai yang berlebihan dalam pasaran. Ini kerana pasaran baru muncul sebahagiannya terkesan disebabkan kekuatan dolar AS.

Setakat ini, mengikut rantau, Malaysia jadi negara yang paling kecil alami turun-naik nilai mata wang. Malah persekitaran ekonomi semasa dan inflasi yang lebih sederhana diperhatikan akan membantu menyokong nilai ringgit untuk lebih kukuh dalam pasaran mata wang secara berkala.