Mulai suku pertama 2024, negara akan memperlihatkan kerangka penuh berkaitan kod etika kecerdasan buatan (AI) dibentangkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Diperincikan satu jawatakuasa khas kini telah dibentuk MOSTI bersama kerjasama pelbagai pihak, merangkumi pemain industri berkaitan AI. Menerusi keperluan ini, ia tidak hanya mengawal selia teknologi baharu tetapi akan menjadi panduan serta peraturan buat pemain negara khususnya di seluruh sektor dalam menerapkan kelebihan AI pada pasaran mereka.
Seperti yang umum ketahui perluasan AI tidak sekadar memudahkan aturan ekonomi tetapi turut mewujudkan pelbagai peluang kemahiran baharu buat penduduk Malaysia. Namun garis panduan tertumpu harus disegerakan negara bagi memastikan segmen ini memiliki piawaian tersendiri tanpa mengugat pasaran negara.
Aturan tersebut dimaklumkan akan dikemaskini dalam masa terdekat dan ia bertepatan dengan gagasan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan PBB (UNESCO) berhubung pelarasan AI yang dilaksanakan secara global sejak dari November 2021 lagi.