Pengguna berkelayakan kini diberi peringatan untuk tidak laksana pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai melibatkan perolehan e-Tunai RM100 yang mula diagihkan pada hari ini.
Amaran Kementerian Kewangan (MOF) ini bertujuan untuk memastikan para pengguna berwaspada akan tawaran penebusan tunai berhubung kredit e-tunai RM100 tersebut. Sekiranya penerima kredit eMadani didapati terlibat dengan aktiviti sedemikian, MOF akan mengambil langkah tegas dengan melucutkan hak kredit penerima e-Tunai.
Ini kerana tindakan tersebut bercanggah dengan matlamat pentadbiran untuk meningkatkan perbelanjaan ekonomi secara fizikal menerusi transaksi nirtunai.
Maka menerusi peringatan ini, semua penerima berusia 21 tahun ke atas bersama pendapatan kurang RM100,000 setahun dinasihatkan untuk memanfaatkan e-tunai RM100 sebaik mungkin bersama MAE, Setel, ShopeePay, TnG eWallet atau DuitNow QR. Menerusi manfaat bersama 1.8 juta peruncit di seluruh Malaysia ini, ia disasar akan membantu membantu memacu aliran perbelanjaan pasaran secara berperingkat.
SIARAN MEDIA BERKENAAN ELAK JADI MANGSA PENIPUAN 'SCAMMER' YANG MENAWARKAN PERKHIDMATAN 'CASH-OUT' BAGI KREDIT eMADANI pic.twitter.com/gbOeXFr1sJ
— Ministry of Finance🇲🇾 (@MOFmalaysia) December 4, 2023