Artikel

MOTAC : 26 Juta Pelancong Kini Memasuki Malaysia, Setakat November

Sehingga pertengahan November 2023, didapati seramai 26 juta pelancong telah memasuki Malaysia merancakkan aliran pelancongan negara. 

Data hampir 11 bulan ini jelas menunjukkan arena pelancongan negara semakin memulih dan disasar bertambah-baik kesan pelaksanaan pengecualian visa buat rakyat China dan India yang dijalankan selama 30 hari pada 1 Disember lalu. 

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melihat usaha ini akan membantu Malaysia meningkatkan aliran perbelanjaan negara secara berkala selain persediaan ke arah Tahun Melawat Malaysia 2026 kelak. 

Setakat ini, Singapura menjadi penyumbang pada kemasukan pelancong tertinggi dengan 12,645,364 orang diikuti Indonesia (3,166,295), Thailand (2,073,162), China (1,407,471), Brunei (904,841) dan India (780,532).