Artikel

E-Tunai RM100 Boleh Ditebus, Mulai Hari Ini – Menerusi MAE, Setel, TnG eWallet & ShopeePay

Bermula hari ini (4 Disember) sehingga 20 Februari 2024 kelak, penduduk negara yang berusia 21 tahun ke atas dan miliki pendapatan kurang daripada RM100,000 setahun – kini dibolehkan untuk menebus e-kredit RM100 bersama 4 dompet digital terpilih. 

Peruntukan melibatkan RM1 bilion ini dijangka berupaya memanfaatkan seramai 10 juta kumpulan dewasa yang terlibat dan ia disasar merancakkan lagi aliran perbelanjaan pengguna pada segmen ekonomi dan peniaga negara. 

Maka menerusi penebusan yang dibuka hari ini bermula jam 8 pagi tadi – para pengguna boleh menebus e-kredit RM100 tersebut bersama aplikasi MAE, Setel, TNG eWallet dan ShopeePay. 

Sekadar peringatan untuk pengguna yang berkelayakan- penebusan e-kredit RM100 ini hanya dapat diguna secara fizikal semata dan tarikh luput penggunaan e-kredit ini sehingga 29 Februari 2024 sahaja. Sebarang maklumat lanjut, semua pihak boleh merujuk pada penyedia dompet digital berkaitan untuk perincian seterusnya.