Artikel

Perak Sedia RM1.35 Bilion, Peruntukan Besar Pada Bajet 2024 

Bertemakan Perak Makmur, Rakyat Sejahtera kerajaan negeri hari ini memaklumkan peruntukan terbesar kali ini disediakan bagi aturan belanjawan Perak 2024 dengan jumlah RM1.35 bilion.

Angka ini menjadikan ia tertinggi  berbanding bajet 2023 (RM1.19 bilion dan bajet 2022 (RM1.1 bilion). Buat pengetahuan umum usul ini bertujuan meningkatkan pembangunan Perak, bagi menyokong kedudukan kewangan mereka pada tahun 2024. Mengikut perincian pembentangan, sekitar 36.5% iaitu RM491 juta tersedia untuk Perbelanjaan Pembangunan diikuti RM856 juta pula buat Perbelanjaan Mengurus.

Selain ingin memacu kedudukan kewangan negeri, Perak juga berhasrat menambah-baik sistem bekalan makanan peringkat negeri di samping memanfaatkan pembangunan modal insan kalangan penduduk dan belia.

Antara lain yang telah diumumkan pada pembentangan bajet ini, adalah bantuan kewangan sekitar 2 bulan gaji akan disalurkan buat penjawat awam negeri kelak. Difahamkan agihan dana itu akan disalurkan menjelang 20 Disember ini.