Artikel

Takaful Malaysia Perkenal Kaotim – Bolehkan Pengguna Raih Akses Kad Perubatan Digital 

Bersempena ulang tahun ke-39, Takaful Malaysia kini memperkenalkan platform digital Kaotim Medikad – di mana membolehkan pengguna meraih akses kad perubatan secara atas talian dengan kadar mampu milik iaitu serendah RM38 sebulan.

Langkah ini secara langsung membantu para pengguna meraih perlindungan mampu milik dengan lebih pantas dan menjimatkan kos pada aturan pendaftaran secara fizikal.

Menerusi medium Kaotim, pengguna dapat laksana pendaftaran dengan lebih cepat tanpa perlu jalani pemeriksaan kesihatan dan keperluan perlindungan pengguna akan dilindugi secara serta-merta.

Berdasarkan perincian lanjut, medium perlindungan ini akan tersedia buat penduduk negara berusia 6 tahun sehingga 69 tahun bagi tempoh perlindungan sehingga 85 tahun. Manfaat utama lain yang turut tersedia adalah pengguna tidak perlu khuatir akan isu pembayararan susulan akses ini menggunakan transaksi nirtunai, diikuti had tahunan sehingga RM1.1 juta serta elaun tunai harian sebanyak RM100 sehari di hospital kerajaan negara.

Maka dengan akses tersebut, semua pihak boleh meraih manfaat perlindungan di mana jua, tanpa mengira masa dan proses pengaktifan dapat dimiliki pada hari yang sama bersama Kaotim Takaful Malaysia.