Hasil majoriti undian suara, Dewan Rakyat hari ini telah mencapai keputusan meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.
Melalui kebersamaan itu, antara peruntukan yang dibentangkan adalah larangan bagi menjual dan membeli produk tembakau atau menyediakan perkhidmatan rokok kepada golongan yang belum dewasa. Di mana peruntukan ini mengantikan peruntukan asal yang seharusnya melarang tindakan yang sama ke atas individu yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya. Akan tetapi peruntukan tersebut telah digugurkan.
Walaupun peruntukan telah alami perubahan, KKM melihat usaha negara menangani gejala merokok kekal tinggi dalam kalangan penduduk negara dan pihaknya menzahirkan penghargaan kepada 4 mantan Menteri Kesihatan sebelum ini yang telah berusaha menjayakan RUU sedemikian.
Selain perolehan kelulusan itu, Dewan Rakyat turut meluluskan RUU Makanan (Pindaan) 2023 bertujuan meminda Akta Makanan 1983 selari dengan kelulusan RUU Kawalan Tembakau ini.