Artikel

JPJ : 23,000 Individu Berusia 16-35 Tahun Didapati Memandu Tanpa Lesen, Termasuk Pelajar Ke Sekolah

Ketika ini terdapat 23,000 individu berusia antara 16 tahun sehingga 35 tahun didapati memandu tanpa lesen di jalan raya. Angka ini untuk makluman turut melibatkan pelajar yang bawa kenderaan ke sekolah. 

Data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ini sekaligus mendedahkan perluasan mendidik kumpulan ini untuk meraih lesen memandu yang sah harus diperkasakan. Mengambilkira kepentingan faktor itu, JPJ kini laksana pelbagai program sokongan (advokasi) untuk membantu kumpulan ini. 

Pihaknya optimis aturan tersebut dapat menurunkan angka individu tanpa lesen dalam tempoh 6 bulan kelak. Dan dalam tempoh tersebut, JPJ memaklumkan pihaknya tidak akan menyaman kumpulan pelajar dan ibubapa yang terlibat. Ini kerana ia adalah fasa untuk mendidik akan kepentingan perolehan lesen di masa hadapan dan pihaknya memahami terdapat isi rumah alami kekangan pada peruntukan lesen.

Difahamkan kempen advokasi ini akan dilaksana menerusi sokongan PIBG serta melalui aturan kokurikulum persekolahan. Adanya pendedahan berterusan berkenaan peraturan jalan raya dan keperluan lesen ini akan membantu pelajar meningkatkan perlindungan diri mereka ketika membawa kenderaan ke sekolah.