Artikel

Petronas Untung RM64.1 Bilion – Sepanjang 9 Bulan 2023, Sedikit Merosot

Sepanjang 9 bulan pertama 2023 ini, didapati prestasi Petroliam Nasional (Petronas) secara dasarnya merosot dengan untung bersih kepada RM64.1 bilion berbanding RM77.2 bilion pada tempoh 9 bulan 2022. Persekitaran ini berlaku kesan purata harga realisasi yang lebih rendah dan sebahagiannya diimbangi oleh impak pertukaran asing naik-turun. 

Hasil pada tempoh 9 bulan itu juga turut merosot 6.5% kepada RM251.9 bilion berbanding RM269.4 bilion pada tempoh yang sama tahun 2022. 

Meskipun berdepan aliran keuntungan yang lebih sederhana, namun pelaburan modal domestik telah meningkat sebanyak 37%. Kemasukan ini secara terus membantu operasi memperkasakan perniagaan teras dan keselamatan bekalan tenaga. 

Sebagai perincian, untuk suku ketiga telah menunjukkan sedikit penurunan bagi perolehan keuntungan bersih kepada RM23.9 bilion. Sedikit menyusut sekitar 22.4% berbanding suku yang sama pada tahun 2022. Hasil kumpulan juga memaparkan penurunan 16.2% kepada RM82.9 bilion berbanding data sebelumnya RM98.9 billion. 

Secara menyeluruh jumlah aset Petronas telah meningkat kepada RM752.2 bilion setakat September 2023 berbanding RM710.6 bilion pada akhir 2022. 

Namun diakui ketidaktentuan harga minyak dan gas ketika disasar terus meningkat susulan ketidaktentuan ekonomi global kekal berterusan – senario ini sekaligus berupaya meningkat risiko ke atas keselamatan tenaga global diikuti ketegangan geopolitik yang sedang berlaku di Asia Barat.