Tatkala negara sedang memperkasakan infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV) di pasaran, kini usaha yang sama sedang diterapkan pada pengenalan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik kepada penduduk Malaysia.
Menerusi agenda ini, menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada sesi pembentangan Dewan Negara hari ini permohonan skim tersebut kelak akan dibuka kepada rakyat negara yang berpendapatan tahunan RM120,000 ke bawah mulai Disember ini. Melalui pembelian motosikal elektrik ini, pemberian rebat sehingga RM2,400 akan diraih para pengguna.
Tambahan MITI – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri minggu lalu turut memaklumkan perincian permohonan rebat tersebut akan dilaksanakan pada 8 Disember kelak. Akses ini secara langsung senada dengan gagasan Malaysia untuk tingkatkan penggunaan EV kalangan penduduk negara dan mencapai status 38% kapasiti pengguna EV di lebuhraya menjelang 2040 kelak.
Berhubung perluasan infrastruktur pengecasan EV pula, difahamkan lebih RM170 juta pelaburan akan dimanfaatkan bersama Tenaga Nasional Bhd (TNB), Gentari Sdn Bhd dan Tesla Malaysia pada pemasangan 180 stesen pengecasan EV buat kemudahan penduduk negara.