Seramai 94,827 ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berusia 54 tahun kini didapati memiliki simpanan kurang daripada RM10,000 bersama jumlah keseluruhannya sekitar RM246.1 juta.
Data ini secara langsung memberi cerminan terdapat jurang dalam menjamin kesediaan pencarum untuk bersara kelak.
Selain kumpulan itu, sebanyak 8% ahli KWSP yang berumur 54 tahun mempunyai simpanan sebanyak RM10,001-RM20,000, diikuti dengan RM20,001-RM50,000 (13 peratus), RM50,001-RM100,000 (12%) RM100,001-RM200,000 (13%), RM200,001-RM500,000 (13%) dan RM500,001-RM1juta (4.0%).
Hanya 2% iaitu 4,877 ahli KWSP pada usia 54 tahun sahaja yang direkodkan memiliki simpanan lebihi RM1 juta dengan jumlah keseluruhan simpanan kategori ini mencapai RM7.9 bilion.