Artikel

Pendaftaran, Tuntutan E-Tunai RM100 Akan Dibuka Mulai 4 Disember Ini – PM Anwar

Sebagaimana yang dimaklumkan pada Ogos lalu, kerajaan kini memaklumkan pendaftaran serta tuntutan kredit e-tunai RM100 kini akan dibuka mulai 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024 kepada rakyat negara yang berkelayakan. 

Makluman pendaftaran yang dikongsikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada sesi Dewan Negara ini, menjangkakan seramai 10 juta rakyat dewasa yang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan RM100,000 ke bawah akan meraih manfaat dana tunai tersebut. Ini meliputi golongan B40 dan M40 di Malaysia. 

Berdasarkan makluman awal, peruntukan ini akan melibatkan sejumlah RM1 bilion dan dimaklumkan akan diagih di bawah 4 aplikasi dompet digital terpilih iaitu MAE Maybank, Setel Petronas, ShopeePay dan Touch ‘n Go.

Lebih menarik ia tidak sekadar memanfaatkan golongan isi rumah sahaja tetapi turut memberi faedah buat kumpulan peniaga serta penjaja dalam perbelanjaan ekonomi.