Aliran e-dagang di Malaysia terus meningkat dari suku pertama 2023 ke suku ketiga 2023. Didapati sepanjang 9 bulan pertama ini prestasi e-dagang Malaysia telah mencatatkan pendapatan berjumlah RM861.9 bilion dengan suku ketika RM289.5 bilion bersama lonjakan 5.6% secara tahunan.
Rekod Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini sekaligus menunjukkan prestasi itu lebih baik berbanding catatan 2022 untuk 3 suku pertamanya.
Peningkatan perbelanjaan ini menurut DOSM dicetuskan oleh peningkatan transaksi pada pasaran tempatan dengan sektor pembuatan 53%, diikuti perkhidmatan 43%.
Manakala mengikut sumbangan e-dagang pada senarai negeri pula, didapati Selangor kekal merekodkan pendapatan transaksi e-dagang tertinggi dengan RM341.4 billion, diikuti Kuala Lumpur (RM239.2 bilion) dan Pulau Pinang (RM89.4 bilion).

Sementara pada aspek dominasi pasaran pula, pasaran domestik kekal memonopoli perolehan e-dagang ini denhan RM932.7 billion (89.9%), dan pasaran antarabangsa pula menyumbang 10.1% kepada RM104.5 bilion. Meskipun transaksi antarabangsa melibatkan e-dagang ini lebih kecil namun pasaran ini mendominasi dalam segmen perkhidmatan dengan transaksi RM63.1 bilion.