Artikel

71% Pekerja Malaysia Jangka Gaji Naik Sehingga 10% Pada 2024

Kesan peningkatan kos serta ketidaktentuan iklim ekonomi ketika ini dilihat berpotensi membawa kepada peningkatan gaji pekerja di negara. Pada persediaan tahun 2024, sekitar 71% pekerja di Malaysia menjangkakan kenaikan gaji sehingga 10% berupaya diperolehi di pasaran.

Tinjauan Gaji Robert Walters 2024 mendapati tindakan itu wajar dilaksana majikan untuk mengimbangi produktiviti pekerja tatkala kos sara hidup semasa terus meningkat. Setakat ini sekitar 54% pekerja menyatakan ketersediaan mereka untuk laksana rundingan bagi meraih paras gaji yang lebih tinggi

Langkah itu sekaligus menunjukkan pekerja kini lebih mengutamakan perolehan gaji yang lebih kukuh susulan tekanan kewangan semasa mendorong pekerja untuk bersedia akan sebarang krisis di masa hadapan.

Bagaimanapun ini berbeza dengan perspektif majikan, apabila tinjauan dapati sekitar 53% majikan berhasrat memberi kenaikan gaji pekerja sekitar 1% hingga 5%. Dan akan menambah faedah pekerja antaranya 83% majikan memaklumkan bersedia memberi bonus dan skim insurans kesihatan buat pekerja mereka

Majikan melihat sentimen kebajikan ini penting dan wajar diutamakan selain kenaikan gaji. Tindakan itu sekaligus akan menambah-baik tahap perlindungan dan produktiviti pekerja secara berkala. 

Secara menyeluruh, dapatan menjangkakan tahun 2024 akan berlakunya kenaikan gaji buat pekerja di Malaysia sekitar 3%-7% dan kenaikan ini akan dicerminkan berlandaskan kadar inflasi semasa serta paras gaji  yang ditetapkan negara dalam setiap sektor.

Pada tempoh yang sama, dijangka sekitar 64% majikan cenderung untuk laksana kenaikan gaji dalam tempoh 12 bulan, diikuti 58% majikan komited sedia kenaikan gaji lebihi kadar inflasi semasa.