Artikel

1,000 Syarikat Akan Sertai Dasar Gaji Progresif Fasa Awal – Mulai Jun 2024

Bermula Jun 2024, pelaksanaan Dasar Gaji Progresif iaitu model kenaikan gaji secara berkala akan dilaksana secara rintis bersama pembabitan 1,000 syarikat di negara yang menawarkan paras gaji antara RM1,500 hingga RM4,999.

Perkongsian ini menurut Kementerian Ekonomi akan didasari berasaskan kriteria tertentu mengikut keperluan sektor serta sokongan dasar. Setelah mengujinya, penilaian akan dijalankan pada September 2024 kelak untuk menjamin ketersediaan dasar gaji ini dapat diterapkan secara menyeluruh ke atas semua majikan, pekerja dan sektor ekonomi Malaysia.

Antara ciri asas yang turut digarapkan pada dasar ini adalah pelaksanaannya secara sukarela, penawaran insentif galakkan pembabitan majikan serta usaha melibatkan produktiviti pekerja. Melalui ciri asas sedemikian, pentadbiran optimis sistem upah negara dapat dilengkapi dengan dasar gaji yang lebih baik.

Perincian lanjut berhubung pelaksanaan ini kelak akan dibentangkan pada sidang Parlimen pada 30 November ini.