Artikel

Pengguna Berpeluang Nikmati Pulangan Tunai Sehingga 10% – Berbelanja Bersama Setel

Untuk meningkatkan kualiti kehidupan pengguna ketika berbelanja, Setel di bawah kempen Semua Boleh Setel kini membolehkan pengguna untuk meraih pulangan tunai sehingga 10% bagi perbelanjaan di aplikasi dan kedai fizikal bersama rakan dagangan strategik mereka. 

Menerusi langkah ini ia tidak sekadar memberi pengguna ganjaran ketika berbelanja pada petrol semata tetapi akses tersebut turut diiperluas pada perbelanjaan barangan harian serta keperluan kenderaan lain.  

Kempen sehingga 12 Januari 2024 ini akan membolehkan pengguna raih pulangan tunai sehingga 10% bersama rangkaian perniagaan berikut : 

  • KK SUPER MART
  • Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN)
  • Village Grocer
  • PLUS R&R
  • Ben’s Independent Grocer
  • Pasaraya OTK
  • Kopitiam Asia Pacific Sdn Bhd (OldTown White Coffee)
  • Loob Holding (Tealive)
  • Chatime
  • Pasta Panas
  • Café Mesra
  • Bake With Yen
  • BSC Fine Foods
  • Leisure Grocer
  • redBus

Lebih menarik, sehingga 31 Disember ini pulangan tunai 3% turut boleh diraih (terhad kepada RM5 sebulan) sekiranya laksana transaksi pada rangkaian terpilih melibatkan perkhidmatan secara nirtunai, tempat letak kenderaan,  pengecasan EV, pembaharuan cukai jalan serta bantuan kenderaan 24 jam.

Usaha ini tidak sekadar membantu aliran perbelanjaan negara lebih rancak tetapi turut mengalakkan pemacuan transaksi nirtunai dalam perbelanjaan lain selain pembelian petrol di aplikasi Setel.