Artikel

MOF : Pengenaan Cukai Barang Bernilai Tinggi 5%-10% Tertumpu Pada Golongan Kaya

Dalam usaha meluaskan asas hasil negara, kerajaan tidak lama lagi akan menggubal perundangan baharu bagi tindakan melaksanakan Cukai Barang Bernilai Tinggi pada kadar 5% sehingga 10% ke atas barang bernilai tinggi tertentu.

Mengikut perincian pada pembentangan Belanjawan 2024 sebelum ini, barangan bernilai tinggi itu merangkumi seperti barangan kemas, jam tangan. Cukai ini akan didasari berasaskan nilai ambang harga barangan tersebut.

Jelas Kementerian Kewangan (MOF) pada sesi Dewan Negara hari ini, pengenaan cukai tersebut akan tertumpu kepada golongan kaya yang berkemampun membeli barangan bernilai tinggi. Namun ia difahamkan tindakan akan dikenakan terhadap pelancong susulan untuk menggalakkan kemasukan pelancongan di negara.

Bagaimanapun MOF tidak memberi penjelasan lanjut sama ada pengenaan cukai tersebut turut tertumpu kepada kelas pendapatan sederhana sekiranya pihak mereka membeli barangan bernilai tinggi.

Selain perkongsian itu, MOF turut memaklumkan pentadbiran kini telah menubuhkan Jawatankuasa Penasihat kepada MOF bagi mengkaji sistem percukaian sedia ada untuk menambah-baik, perbaharui dasar dan sistem percukaian negara secara berkala.