Setakat tahun 2021, didapati 34% penduduk di Malaysia memelihara kucing sebagai haiwan peliharaan mereka – angka ini sekaligus menjadikan ia peratusan haiwan perliharaan tertinggi di negara, diikuti anjing (20%). Menyedari ramai penduduk negara mengambil tanggungjawab penjagaan haiwan ini – Zurich Malaysia bersama Oyen kini perkenalkan produk takaful kucing pertama di Asia buat pengguna, yang dikenali sebagai Oyen Takaful Kucing.
Produk ini untuk makluman umum, akan disokong dengan kecerdasan buatan (AI) dalam proses permohonan dan penjejakan tuntutan dana. Aturan itu secara langsung memudahkan proses kucing peliharaan untuk mendapatkan rawatan. Mengikut perincian ia membolehkan kucing peliharaan pengguna meraih perlindungan sehingga RM8,000 untuk kos rawatan kecemasan sekiranya berlaku sebarang situasi jatuh sakit mahupun kecederaan.
Lebih menarik Zurich bersama Oyen turut menjamin penawaran produk tersebut adalah mematuhi prinsip syariah dengan pelan perlindungan diselaraskan mengikut nilai Islam. Ketika ini sekitar 1,000 klinikk dan hospital haiwan menerima manfaat akses tersebut di pasaran seluruh negara.