Hasil perbahasan sejak 16 Oktober lalu, sidang Dewan Rakyat kini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 setelah meraih sokongan majoriti ahli Parlimen menerusi undian suara.
Aturan ini diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Johari Abdul setelah bacaan kali ketiga RUU tersebut dilaksanakan oleh Kementerian Kewangan (MOF). Menerusi langkah ini, bajet 2024 menjadi antara agenda perbelanjaan negara yang memaparkan peruntukan tertinggi dalam pentadbiran Malaysia bersama peruntukan RM393.8 bilion.
Di mana ia merangkumi RM303.8 bilion untuk Perbelanjaan Mengurus, diikuti RM90 bilion untuk Perbelanjaan Pembangunan serta RM2 bilion untuk Simpanan Luar Jangka.