Dalam masa 3 hari sahaja lagi, Dasar Gaji Progresif iaitu model kenaikan gaji secara berkala akan dibentangkan ke Parlimen untuk semakan lanjut berhubung penyelesaian pelarasan gaji rendah di Malaysia.
Kementerian Ekonomi memaklumkan langkah pembentangan itu akan dilaksanakan bagi meraih suara sokongan semua ahli parlimen. Untuk peringkat awal, terdapat beberapa penekanan akan diberi melibatkan 5 sektor pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV) bagi memastikan peluang pekerjaan yang setimpal diraih penduduk negara. Khususnya dalam bidang teknologi.
Umum perlu sedari, ketika ini pertumbuhan gaji di negara lebih rendah berikutan dicetus tahap produktiviti serta penawaran kemahiran dalam segmen ekonomi yang lebih terarah kepada separuh mahir. Maka keperluan peningkatan kemahiran wajar diperkasakan untuk perubahan tangga gaji di pasaran.
Situasa semasa secara langsung menyebabkan gaji penengah negara sekitar RM2,600 sahaja iaitu RM11 lebih tinggi daripada paras kemiskinan keluarga sekitar RM2,589.