Artikel

Subsidi Petrol Bersasar RON95 Akan Dilaksanakan – Pada Separuh Kedua 2024

Setelah berteka-teki, kerajaan kini memaklumkan akan mula perkenalkan subsidi petrol bersasar – RON95 kepada rakyat negara mulai separuh kedua 2024 kelak. 

Perkongsian Kementerian Ekonomi ini menjelaskan pendekatan subsidi petrol tersebut hanya akan disalurkan kepada golongan yang paling memerlukan sahaja.

Buat masa ini didapati T20 menerima sekitar 54# subsidi minyak secara menyeluruh, yang secara langsung menjadikan agihan tersebut tidak seimbang buat B40 dan M40. Maka langkah tegas akan diambil tidak lama lagi pada pengenalan program subsidi RON95 pada separuh kedua 2024.