Artikel

Korea Selatan Jangka Uji Mata Wang Digital – Bersama 100,000 Rakyatnya, Pada Akhir 2024

100,000 rakyat Korea Selatan disasar akan terlibat pada pengujiaan penggunaan mata wang digital bank pusat (CBDC) e-Won pada akhir tahun 2024 kelak. 

Pelarasan ujian rintis di bawah Bank of Korea bersama pihak berkuasa kewangannya akan membolehkan penduduk terpilih laksana transaksi menggunakan token digital tersebut yang dikeluarkan oleh bank perdagangan yang terlibat.

Berdasarkan perincian lanjut, ujian rintis ini akan dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan bermula September, Oktober 2024. 

Korea pada usaha ini, merancang CBDC berupaya membantu kaedah pembayaran di negara mereka lebih efektif. Khususnya menangani isu penipuan transaksi. Namun ketika ini, ujian tersebut dimaklumkan hanya akan dihadkan pada perbelanjaan tertentu sahaja – tidak merangkumi kaedah pembayaran secara menyeluruh.