Bermula tahun 2024, dijangka 5.8 juta isi rumah negara daripada B40 dan sebahagian M40 akan meraih akses subsidi bersasar menerusi pembelian minyak masak masak berpaket. Lebih menarik, seramai 91,860 peniaga mikro turut berpotensi meraih manfaat tersebut.
Makluman ini menurut KPDN ketika sesi Parlimen hari ini, menjelaskan angka terrsebut didasari berlandaskan penggunaan minyak masak secara bulanan. Di mana isi rumah dianggarkan menggunakan sekitar 4.8kg sebulan, sementara peniaga mikro pula sekurangnya 400kg sebulan minyak masak.
Maka pada pengiraan itu, KPDN menjangkakan keperluan 60,000 tan metrik minyak masak bersubsidi ini mencukupi buat keperluan pengguna berkaitan. Akan tetapi, pihaknya akui pelaksanaan sistem pukal minyak di pasaran ketika ini telah mengakibatkan masih terdapat warga asing yang membeli minyak masak berpaket tersebut. Jelas KPDN, buat masa ini pihaknya telah menambahbaik pemantauan berasaskan skim penstabilan harga minyak masak (eCOSS) pada rantaian pembekalan runcit dan akan dipertingkat pada peringkat pengguna.
Susulan itu, pengenalan subsidi bersasar yang akan dilaksana kelak dilihat amat penting buat rakyat negara menangani isu terbabit dan pentadbiran akan memaklumkan secara berperingkat akan pelaksanaan akses tersebut.