Artikel

Bilangan Doktor Di Malaysia Kini Naik 2.2%, Kepada Hampir 80,000 Petugas – Sepanjang 2022

Persekitaran sosio-ekonomi di Malaysia dilihat semakin memulih apabila pertumbuhan negara semakin baik sejak tahun lalu. Prestasi ini tidak sekadar didorong kesan keyakinan ekonomi semata bahkan kebajikan sektor kesihatan juga semakin baik – apabila jumlah doktor di negara alami peningkatan 2.2% kepada 79,443 petugas berbanding 77,755 petugas pada 2021

Pertambahan ini sekaligus menjadikan nisbah doktor kepada penduduk di Malaysia turut bertambah baik dengan 1 orang doktor kepada 412 penduduk berbanding tahun 2021 (1:419). 

Data di bawah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini bagaimanapun jelas menunjukkan masih terdapat segelintir negeri tidak memenuhi nisbah saksama tersebut. Namun ketika ini, hampir 7 negeri telah mencapai sasaran nisbah 1:425 (1 doktor : 425 penduduk). 

Ia meliputi Kelantan (1:417), Melaka (1:366), Negeri Sembilan (1:346), Perlis (1:405), Pulau Pinang (1:407), Kuala Lumpur (1:193) dan Putrajaya (1:52). 

Tidak hanya peningkatan itu, jumlah doktor gigi dan jururawat di negara juga turut meningkat 6.9% dan 2.7%. Di mana jumlah doktor gigi setakat 2022 sekitar 13,436 petugas dan jururawat pula 139,698 petugas.