Artikel

Kelantan Akan Keluarkan Beras Tempatan Sendiri, Beras Agro Darul Naim – Mulai 2024

Untuk memastikan bekalan makanan negeri kekal terpelihara, Kelantan mulai tahun 2024 akan mengeluarkan beras tempatan sendiri – yang dikenali sebagai Beras Agro Darul Naim

Agenda ini menurut makluman Dewan Undangan Negeri (DUN),  Jawatankuasa Pertanian, Industri Agro Makanan dan Komoditi telah disediakan peruntukan khas. Di mana kilang padi dan beras akan diibangunkan di Meranti, Pasir Mas kelak. 

Selain pendekatan ini, beberapa usaha lain juga telah mula dilaksanakan pentadbiran negeri untuk perkasakan rangkaian bekalan – antaranya Jawatankuasa Induk Sekuriti Makanan Kelantan serta Jawatankuasa Kerja Sekuriti Makanan Kelantan. 

Melihat pada langkah ini, ia sekaligus membantu pasaran tempatan untuk meningkatkan prestasi pertanian negara. Secara menyeluruh untuk tahun 2023 sahaja, Kelantan memperuntukkan sejumlah RM3.6 juta pada 357 projek melibatkan pembangunan pertanian negeri.