Grab Unlimited adalah nama pelan yang disediakan oleh Grab, membolehkan pengguna melanggannya dan menikmati diskaun atas tempahan dan penggunaan perkhidmatan dibawah Grab. Pelan ini disasarkan pengguna tegar Grab, sekaligus membolehkan mereka berjimat ketika menggunakan perkhidmatan Grab.
Terbaru, Grab dilihat telah mengemaskini penawaran Grab Unlimited, dan hadir dengan beberapa diskaun untuk langganan tempoh lebih lama.
Pelan bulanan masih dikekalkan pada harga RM4.90 sebulan, tetapi kini Grab Unlimited turut hadir dengan pilihan pelan 6 bulan pada harga langganan RM4.50 sebulan, atau pelan tahunan yang menjadikan harga langganan jatuh kepada RM3.99 sebulan.
Bagi anda yang menggunakan Grab, boleh melanggan pelan Grab Unlimited baharu ini melalui aplikasi masing-masing.