Artikel

Luno Kini Menyokong Tambah-Nilai Menggunakan TNG eWallet

Luno, salah satu bursa dagangan kriptowang terkemuka di Malaysia, kini telah menambah sokongan Touch n Go eWallet – sekaligus membolehkan para pengguna untuk mendeposit wang ke akaun Luno melalui wang daripada akaun TNG eWallet.

Ini memberikan pilihan tambahan kepada pengguna, selepas Luno hanya menawarkan sokongan tambah-nilai melalui FPX sebelum ini.

Untuk mula menggunakannya, anda hanya perlu memilih dompet anda di Luno, dan seterusnya memilih Deposit. Anda akan diberikan pilihan Touch n Go eWallet, dan boleh meneruskan proses tambah-nilai seterusnya mengikut arahan di skrin.