Tindakan 7 Eleven Holding melupuskan 75% pegangannya pada Caring Pharmacy kepada BIG Pharmacy ternyata membawa kesan pada perolehan operasi. Ini dapat diperlihat apabila prestasi 9 bulan pertama 2023 telah merosot 13.13% kepada RM55.42 juta berbanding RM63.81 juta pada tempoh yang sama setahun lalu.
Walaupun berdepan persekitaran itu, hasil operasi kekal meningkat 14.4% kepada RM2.09 bilion berbanding setahun yang lalu sekitar RM1.83 bilion.
Diikuti prestasi suku ketiga 2023 lebih membrangsangkan dengan peningkatan untung bersih sebanyak 5.31% kepada RM14.38 juta pada 30 September lalu. Lonjakan itu menurut kumpulan dicetus hasil peningkatan jumlah pelanggan dalam segmen kedai serbanekanya.
Malah melalui perluasan rangkaian 7-Cafe di pasaran negara turut dijangka menyumbang pulangan yang positif buat kumpulan. Setakat ini sahaja (Mei 2023), operasi memiliki hampir 140 cawangan 7-Cafe termasuklah cawangan menyeluruh dengan 2,490 rangkaian di seluruh Malaysia.