Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun hadapan akan memperkenalkan duit syiling khas berrsempena peringhatan ulang tahun Jubli Perak iaitu kali ke-25 penubuhan parti politik tersebut di negara.
Berdasarkan perkongsian awal, duit syiling khas ini akan memaparkan potret Perdana Menteri Anwar Ibrahim selaku Presiden parti tersebut sewaktu pristiwa ucapan pertama PM ketika di Masjid Negara pada September 1998.
Difahamkan duit syiling peringatan ini akan tersedia dalam 2 jenis syiling iaitu logam perak yang akan dijual pada harga RM100 (26 Nov-31 Disember 2023) dan akan dijual RM120 mulai tahun 2024.
Diikuti duit syiling piuter berlapis emas pula akan dijual dengan harga RM500 (26 Nov-31 Disember 2023) dan akan dijual pada RM600 mulai tahun 2024 kelak.