Artikel

Malaysia Beri Pengecualian Visa 30 Hari – Buat Pelancong Negara Arab, China, India & Turkiye

Bersempena hubungan dua hala 50 tahun antara Malaysia dan China pada tahun 2024 – kerajaan kini memaklumkan tambahan pengecualian visa selama 30 hari ke Malaysia akan diberikan buat pelancong negara Arab, Turkeye, Jordan, India dan China mulai 1 Disember 2023 ini.

Jelas Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada pengumuman petang ini, aturan tersebut tertakluk dengan kriteria tertentu berlandaskan aspek keselamatan negara. Antaranya sebarang pihak yang terpalit isu jenayah mahupun risiko keganasan, sama sekali tidak dibenarkan untuk memasuki negara.

Melalui usaha ini, ia tidak sekadar mengukuhkan hubungan perdagangan antara negara antarabangsa bahkan berpotensi memeriahkan lagi arena pelancongan negara pada tahun 2024. Langkah ini akan membantu Malaysia menambah-baik segala kemudahan awam sebagai persediaan Tahun Melawat Malaysia pada 2026.