Artikel

Parlimen Malaysia Dijangka Guna Tenaga Solar – Mulai 2024

Menjelang Jun tahun 2024, Parlimen Malaysia merancang untuk menggunakan tenaga solar pada operasinya sebagai langkah memacu persekitaran yang lebih lestari dalam penjanaan tenaga. 

Langkah ini selari dengan gagasan pelepasan karbon sifar bersih yang ingin dicapai Malaysia menjelang tahun 2050 kelak. Menurut makluman Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, aturan itu akan disegerakan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menyelesaikan proses tender pelaksanaan projek tersebut.

Menerusi usaha ini, ia akan menjadi Parlimen Malaysia antara yang terawal menerapkan usaha tenaga solar pada persidangan pentadbiran. 

Pemerkasaan ini secara langsung turut akan memberi galakkan kepada jabatan serta agensi kerajaan lain untuk turut sertai usaha menggunakan tenaga boleh baharu – yang lebih mesra allam dan membantu membangunkan inisiatif hijau negara.