Artikel

Televisyen Terus Jadi Tumpuan Pengiklan – Kuasai 68% Segmen Pasaran

Walaupun ketika ini, terdapat banyak pihak gemar menggunakan peranti pintar sebagai paparan digital mereka namun keadaan ini tidak mengugat kedudukan televisyen yang kekal dominasi permintaaan kandungan khususnya dalam arena pengiklanan. 

Mengikut tinjauan Nielsen, sepanjang 10 bulan pertama 2023 ini sejumlah $107 bilion (RM499.4 bilion) hasil iklan telah disuntik ke dalam industri media di pasaran Asia – di mana sebahagian besarnya iaitu 68% disumbang oleh televisyen sementara 16% melibatkan pemaparan iklan di media digital. 

Fenomena ini sekaligus menunjukkan penguasaan iklan kekal didominasi saluran tradisional. 

Lebih terperinci lagi penggunaan televisyen kalangan penonton tradisional kekal kukuh di segelintir negara Asia. Antaranya termasuklah Malaysiia dengan 86%. 

Meskipun jumlah penonton tradisional negara kekal utuh, penggunaan internet turut rancak dengan penerapan internet di Malaysia telah mencapai sekitar 95% dan sekitar 86% adalah pengguna besar dalam khidmat penstriman.

Secara menyeluruh pertumbuhan perbelanjaan iklan di Malaysia telah meningkat 8.05% setakat 2022. Di mana sejumlah $1.5 bilion telah dibelanjakan ke atas televisyen, digital dan surat khabar. Apa yang menarik, penyertaan iklan tinggi itu disumbangkan segmen makanan segera iaitu naik 35% melibatkan jenama seperti Pizza Hut, KFC, serta McDonald’s.