Artikel

Malaysia Perlukan 25,000 Pekerja Bidang Keselamatan Siber – Menjelang 2025

Untuk memacu arena ekonomi digital, Malaysia dilihat perlukan sekurangnya 25,000 tenaga kerja dalam bidang keselamatan siber menjelang 2025 kelak.

Keperluan ini penting menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada sidang kerjasama Pusat Kawalan dan Penyelarasan Siber Tenaga bersama institusi pengajian tinggi (IPT) – bagi mengimbangi tenaga profesional, jumlah serta keupayaan kemahiran dalam keselamatan siber.

Aturan ini sekaligus akan melengkapkan ekosistem digital negara.

Setakat ini sahaja, terdapat seramai seramai 13,000 pekerja tenaga keselamatan siber tersedia di negara. Maka keperluan 12,000 pekerja lagi harus diperkasakan menerusi usahasama kerajaan, institusi pendidikan serta pemain industri.