Artikel

Pulau Pinang Bentang RM1.4 Bilion Belanjawan Negeri 2024 

Pentadbiran Pulau Pinang hari ini membentangkan sejumlah RM1.422 bilion bagi Belanjawan Negeri 2024 dengan anggaran defisit sekitar RM514.53 juta.

Pada sidang tersebut, Ketua Menteri Chow Kon Yeow memperincikan sejumlah RM1.047 bilion diperuntukkan buat Perbelanjaan Mengurus, sementara RM374.718 juta pula untuk Perbelanjaan Pembangunan.

Berdasarkan prestasi ekonomi negeri yang kian rancak – pentadbiran negeri turut menyasarkan kutipan hasil berupaya mencapai RM533.08 juta menjelang tahun 2024. Peningkatan ini didorong hasil cukai RM167.91 juta (31.5%), hasil bukan cukai RM277.92 juta (52.13%) dan terimaan bukan hasil RM87.24 juta (16.37%).

Meskipun diakui nilai defisit bertambah sebanyak RM47.41 juta pada 2024 namun aturan ini akan diterjemahkan menerusi pembangunan yang lebih mampan di Pulau Pinang.