Usaha mendepani krisis iklim dunia seharusnya wajar dilaksanakan secara bersama oleh semua pihak, akan tetapi tidak semua memiliki tanggapan yang sama. Senario ini dapat diperlihat apabila 1% orang terkaya di dunia menjadi penyumbang utama kepada pencemaran karbon. Di mana 77 juta orang kaya bertanggungjawab akan penghasilan 16% pencemaran karbon dan jumlah ini setara dengan 66% (5.11 juta) penduduk termiskin di dunia.
Buat pengetahuan umum, kumpulan elit ini terdiri daripada 77 juta orang ini adalah termasuk bilionwan, jutawan dan mereka yang dibayar lebih daripada AS$140,000 setahun.
Angka yang diraih berdasarkan data Oxfam bersama Institusi Alam Sekitar Stockholm ini jelas menunjukkan nilai kelestarian kalangan orang kaya terus merosot mengakibatkan kumpulan kelas pendapatan lain berdepan impaknya. Ancaman itu merangkumi kesan ke atas ekonomi, alam sekitar dan kesihatan.
Ini kerana secara tahunannya – 1% golongan terkaya ini mengeluarkan karbon sekitar 50% berbanding 50% golongan termiskin pula menyumbang pencemaran karbon dalam tempoh 10 tahun sahaja.
Perbezaan ketara ini secara jelas menunjukkan terdapatnya jurang yang tinggi akan peranan penduduk dunia membantu menangani isu krisis iklim pada persekitaran awam. Malah lebih membimbangkan, peratusan pencemaran karbon ini didasari berlandaskan penggunaan peribadi, individu berbanding sumbangan mereka dalam pelaburan perniagaan.