Artikel

Inflasi Malaysia Kini 1.8% – Terus Menurun, Terendah Sejak April 2021

Indeks Harga Pengguna (IHP) yang menjadi pengukur aras kepada tahap inflasi utama Malaysia kini menunjukkan berlakunya penurunan bagi Oktober 2023 – apabila semakin menurun, mereda kepada 1.8%.

Data ini secara langsung menjadikan ia sebagai paras inflasi terendah buat negara sejak April 2021.

Mengikut tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini, penyusutan ini didorong hasil inflasi yang memaparkan peningkatan lebih rendah mengikut kumpulan barangan utama seperti Makanan & Minuman Bukan Alkohol turun kepada 3.6%, diikuti Hiasan, Perkasasan & Penyelenggaraan Isi Rumah (1.4%), Pelbagai Barangan & Perkhidmatan (2.3%), Kesihatan (2.4%), Pengangkutan (0.0%), Khidmat Rekreasi & Kebudayaan (0.7%), Pendidikan (2.1%) dan Restoran & Hotel (4.4%).

Sementara berlandaskan inflasi subkumpulan makanan dan minuman – didapati inflasi Makanan di Rumah telah menurun kepada 2.1% (September:2.5%), diikuti Daging 2.1% (September:3.4%), Susu, Keju & Telur pula menurun kepada 3.1% (September:3.4%), Buah-buahan menurun kepada 2.6% (September:2.8%), Sayur 1.2% (Ogos: -0.5%), Ikan & Makanan Laut (0.6%) manakala inflasi Beras, Roti & Bijirin pula 3.6%.

Namun inflasi Makanan Di Luar Rumah pula kekal di paras tinggi meskipun telah memaparkan sedikit menurun dengan 5.6%.