Artikel

PLKN Hanya Akan Dilaksanakan Bermula 2025

Rentetan pelbagai semakan dan pertimbangan harus dijalankan sebaik mungkin, bagi memastikan peruntukan kekal tersedia – Kementerian Pertahanan kini memaklumkan, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 hanya dapat dilaksanakan pada tahun 2025, tidak pada 2024.

Tempoh tersebut adalah selari dengan matlamat negara untuk menambah-baik terlebih dahulu fasiliti untuk PLKN 3.0.  Ini termasuklah usaha menaik taraf Kem Wataniah yang akan menjadi lokasi program tersebut.

Seperti yang umum ketahui, negara akan mengaktifkan semula PLKN dan dibahagikan kepada 2 fasa ke atas golongan belia negara. Berdasarkan rancangan awal, Fasa 1 akan melibatkan pelajar Tingkatan 4 yang melibatkan silibus kokurikulum pendidikan diikuti Fasa 2 pula adalah tempoh selepas SPM.