Ekosistem perniagaan di Malaysia dijangka terus bertambah-baik, berikutan keyakinan para peniaga ketika ini telah meningkat sebanyak 3.2% bagi prestasi perniagaan untuk 3 hingga 6 bulan mendatang (Oktober 2023 – Mac 2024).
Ramalan keyakinan ini menurut Statistik Kecenderungan Perniagaan – DOSM memaparkan sektor Perkhidmatan, Industri dan Pembinaan menjadi antara 3 sektor yang kukuh pada suku keempat 2023 kelak. Di mana Perkhidmatan dengan pertambahan keyakinan 6.3%, Industri (4.0%) dan Pembinaan (1.7%).
Berbeza pula dengan firma dalam sektor Perdagangan Borong & Runcit dilihat akan berdepan cabaran pada 6 bulan mendatsng susulan sentimen kos semasa dan pembekalan masih miliki risiko.
Manakala dari aspek keyakinan bersama operasi pula, 72.6% peniaga kini optimis ingin kekalkan jumlah tenaga kerja mereka sehingga akhir 2023. Sementara 18.1% firma pula jangkakan untuk ambil lebih ramai pekerja, diikuti 9.3% firma pula bercadang kurangkan bilangan pekerja mereka.
